Apr 25, 2014

Dari Dunia Blogger ke Dunia Jutawan =)

Assalamualaikum...

hmmmmmm lama sungguh tak mencoret kat ruangan blogger nih...


hmmm...

sungguh..

rindu dan sgt lama..

uruskan kehidupan selepas berkahwin dan semuanya kini berubah..

dari dunia blogger ke dunia jutawan..
dari dunia single ke dunia berdua..


nnt dah setting baik punya, korang boleh tatap seperti sediakala gmbr2 yang bnyk tuh taw...nih br charge kamera balik..tgh setting computer segala semua..


tgggu...

abam aizul kembali!

**gituh taknak kalah..haha







best taw memalam tdo ada orang peluk! k bye! hahaha


May 30, 2013

Hijab Fashion Advert




Assalamualaikum semua..phew phew..ekceli mata tak boleh lelap..setelkan few editing..
nih latest hijab fashion advert yang baru je snap ptg tadi.
latest koleksi dari qish qish butik shah alam. 

tak plan pon sebenarnya nak shoot kat outdoor, tapi sbb dah lama tak shoot outdoor gigihkan diri jugak g shoot kat luar dgn fiq, kak cica n abg fazli.
hmmm..dgn tak bawak speed litenya, berbekalkan semangat waja lite2, terus shoot. 
and outcome, YES seperti yg bermain di dalam minda masa drive nak ke lokasi photoshoot~
tq Allah sbb bg idea.

btw soweeyyy tak berkesempatan lagi nak citer pasal majlis perkahwinan.
abes2 je majlis wedding ahad 12 may lepas, esoknya keje. 
tapi xpe, sbb suka keje skang..ngeh3x
btw, skang aku dah setup online boutique dgn wife tercinta, akak lynda roslan ko tuh ha..
so agak2 bosan takda tudung baru nak pakai, klik laju2 kat www.lyndaroslan.com

nnt2 ek aku update pasal wedding tuh. gmbr bnyk mmg beriya.
yer laa, dua2 org suka amik gmbr, sudahnya, ak sndri cam blerrghhh bnyk gle gmbr ko aizul~ fine! haha

chet, td beriya nak citer pasal hijab fashion advert, tup2 citer pasal life ko.
aizul aizul...hahaha. **tergelak time type.


kesian plak akak sorang atas nih, beriya posing aku tak citer pasal dia kan..ngee3x
ok nih Zirra. model rasmi qish qish.
ikut je aku suro posing camne. hauahu

ngantuk sbnrnya nih..sowey ek kalau cam str8 fwd je citer.

ok sume. cam biasa, if u guys interested with Hijab Photoshoot, 
kindly contact me ya!
aizul_marcello@hotmail.com

btw, abg aizul ko nih dah tak wat wedding photoshoot dah taw. fokus pada hijab and modelling shoot sajor..
jap lagi mesti ada komen, "alaaaa, baru nak suro abg aizul shoot gmbr wedding ittew"
jawapan aku : sudah la ko, propa lebeh..sapa suro kawen lambat2..tiber.
eh guraw je laa.hek itupon nak amik ati~ tp seyes, aku da tak buat wedding shoot dah...

wehh ngantuk weh. saje je ko kan suro aku perah otak type lagi.

dah laaa bai..
wife tungguuu tu~

hauhauahu~

salam.

May 9, 2013

Perjalanan Transaksi Urbanisasi Sang Aizul Marcello

salam semua..selamat malam..apa kabo? sehat ke tidak korang?

korang mesti dendam kesumat bnci gila kat aku kan sbb dah lama tak update blog kan?
biasa laa umur dah lanjut ( 24 tahun + 2 )..lagipun blog semacam dah ketinggalan bagi sesetengah blogger utk melempiaskan nafsu penulisan. tapi aku? gua relax je..gua bz uruskan hal wedding katakaw..

ok berbalik kepada tajuk entry kali ini, "perjalanan transaksi urbanisasi sang aizul marcello"..seriously, tajuk mcm gempak kan? tapi i have no idea at all..ntah hapa2 tajuk yang aku create..serius men hentam je tajuk..tp itu bukan pokoknya kan? pokoknya! korang baca apa yg aku tulis..

ok just nak bgtau..saat aku tulis ntry nih, ari kamis. meaning dat, sabtu nih aku dah jadi suami orang dah..waaa cpt gle..dulu kemain, main pasir depan rumah..tup2, eh nak jadi suami dah?
yer la..makin lama makin membesau kot..bukan makin kecik..ye dak??? huahauha..

tadaaa..nih gmbr 1st time ktorg jumpa..
time tu xcited laa kan? 1st time jumpa masa wedding adik aku, irine..30june2012.
makaseh kat irine, kalau tak, tak bergabung abg ko ngan akak lynda ko nih ha...

waktu skrg jugak, tunang aku, dok bz setelkan hal  khemah laa, packing goodies laa..penat gle ye aku tawu..time penat2 gila gini, kalau salah msg, mau merajuk lagi..hauhauah. so msg yg best2 je.."syg dah makan? syg dah mandi? syg dah itu syg dah ini"??..

if tanya, syg, tudung kod ST08 kat mana ek? kat dlm lemari ke dlm plstik? mau mengamuk tak memasal...hahaha owh bagi yang blom tau, skang aku ngan tunang dah bkk butik online...alhmdulilah semuanya berjalan lancar..if nak beli tudung or saja nak cuci2 mata boleh layari www.lyndaroslan.com.
terms cuci mata tu utk kaum hawa je..kaum adam, HANG KENAL NIH! **tunjuk penumbuk~ ngee3x..

haa apa lagi ek? ekceli tadi plan nak letak gmbr seketul then tulis caption sket..skali dpt keyboard seolah2 mcm dato lee chong wey dpt reket katakaw! 

ok rasanya tuh je laa kot..tetibe blank plak..kira ok laa kan, at least aku update lite2 blog nih..ngee3x

ok pic kat bawah pic aku kat rumah baru..maklumla rumah baru, so cawan pon blom ada lagi..malam tadi 1st nite aku tdo rumah baru..so bgn2 haus, g dapur wat air sanquick..haus . skali crk cawan takda..
jadi sebagai rakyat malaysia yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNYA, jadi aku ambil keputusan memanfaatkan apa yg ada..jadi, mangkuk hitam IKEA ( nak jugek ) dijadikan medium utk minum..




**jgn salah sgka ye, tu air sanquick..
bukan telur ayam kampung..
amboih2 kemain nakal korang..yer yer aku tawu mood nak kawen nih menjadi2..
har har har

ok laa..babai...

muah2x sbelum jadi suami org! 
ngee3x





Mar 15, 2013

Kita yang kene ubah!



Assalamualaikum dah salam sejahtera..



phew! sedar tak sedar, 12 bulan bertambah lagi ke atas umur aku baru2 ni. rasanya, mcm baru semalam ayah hantar ke sekolah dgn naik vespa. pegang erat perut ayah supaya aku tidak terjatuh. ketika itu, apa yg ada dlm minda, hanya perlu ke sekolah sbb ayah suro. kalau tak pegi, mmg kene marah. Ayah. yes! ayah! insan yg sgt rapat dgn aku. antara ramai2 anak ayah, aku ngaku mmg aku satu2nya anaknya yang degil. yang selalu berkonfrontasi dengan segala falsafah yang aku pertahankan. Ayah kata A, aku akan kata B. Ayah kata B, aku akan kata C. begitu laa setrusnya. Kalau anda gigih, anda boleh sambung hingga Z. kalau laa gigih...huh!

Dan kini, sehiingga ke saat ini, aku rasa masa sgt pantas berlalu. dari ketinggian sebesar tapak tangan, kini sudah 176cm tinggi aku. nak kata tinggi model, tidak la sgt. ckuplaa utk ketinggian org asia. dari single hinggalah bertunang dan kini aku menghitung hari utk menjadi suami kepada anak org! hoyy! cpt gle masa berlalu! apa ko ingt aku masih muda? tidak ye..

kadang2, aku suka carik pasal dan bermonolog dgn diri aku. terutamanya apa yang sudah jadi kepada diri aku. kenapa itu kenapa ini? kenapa belajar tinggi masuk UTM amik dgree kos profesional, tup2, keje sndri.
ok let me xplain to u guys. sejak kecil, ak mmg sudah minat dgn apa2 yang berkaitan dgn seni terutamanya seni gmbr. kadang2, akak dan adik bradik yang lain menjadi mangsa kepada subjek praktikal khayalan aku. tidak ckup dgn itu, kucing2 di rumah turut menjadi model sambilan. yang pnting, kepuasan dlm diri aku.

dari seorang amatur hinggalah aku rasa kini aku boleh menarik nafas lega dgn apa yang aku idamkan. Sejak di zaman universiti, hujung minggu aku mmg tiada. pendek kata, asal hujung mnggu je, outstation. ambil gmbr sana sini. nak kata nak duit sgt tidak lah..cumanya ianya ketika itu lebih kepada kepuasan dan minat. itu sahaja. masa, pergaulan dan sebagainya semuanya dikorbankan, semata2 kerana minat terhadap seni gambar! ok enough said.

habes je UTM dan dah grad, poooom terus aku berhijrah ke Shah Alam. mmperjudikan nasib sebagai seorang bos muda membuka studio photography aku bersama2 dgn rakan kongsi aku abg azad. Jujurnya, abg azad bnyk mmberi nasihat dan bnyk pengalaman yang dititipkan sepanjang hampir setahun setengah di sana.

genap hampir setahun setengah menyandang jawatan sebagai Creative Director, aku ambil keputusan utk keluar dr eyestudio dan membuka butik tudung online bersama tunangku, Lynda Roslan.
ok mmg gila! bidang yang tak pernah aku tau dan betul2 mencabar. sbb selepas ini segala rezkiku bergantung kepada butik online ini! bak kata org, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dpt sagunya! nah! segala macam majalah dan apa saja yg berkaitan dgn tudung, aku beli dan khatamkan! fahamkan segala jenis tudung dan materialnya. belum masuk design lagi! mmg gila! siang malam siang malam dok wat reasearch bagaimana cara pemakaian tudung walaupun aku tak pakai. yer lah, kita nak start menjual, kita kene cinta produk kita dahulu. ye dak?

Dalam masa yang sama, minat terhadap photography masih menebal! yes! sbb itu sudah sebati dgn jiwaku.
Cumanya ada sedikit perubahan. kalau dahulu aku mmg ckup xcited utk mengambil gambar wedding, cumanya skrg, aku tak buat lagi dah. pendek kata, aku bukan wedding photograher lagi dah. jutaan terima kasih kepada hampir 600++ pasangan pengantin yang telah aku shoot selama ini! pengalaman sebnyk itu betul2 mengajar aku utk terus lebih kuat. Dan kini, aku lebih fokus kepada photography yang berkaitan dgn fashion, model,hijab photography kerana ianya lebih dkt dgn jiwa aku. Biarlah pelapis2 baru yang pernah aku titipkan ilmu wedding photography meneruskan perjuangan dan menceburi bidang yg luas ini.

Now, ALHAMDULILAH..mmg betul2 alhamdulilah bersyukur sgt kepada Allah sbb beri segala macam nikmat teruatamanya nikmat iman dan islam. Kini, aku bergerak secara sendiri dan mempunyai STUDIO sendiri di bawah label AizulMarcello Photography! . dan studio aku kini bergabung dgn butik kami iaitu HER by LYNDAROSLAN. kira dua benda aku jaga skrg! terima kasih kepada rakan2 yang selalu memberi semangat dan dorongan.

aku tau, mmg ramai di luar sana yang dah start berniaga secara online mahupun offline. Nabi sndri ckp, 9/10 rezeki adalah dari berniaga! nah! itu nabi sndri dah bagi jaminan, kenapa kita sndri takut? kenapa kita selalu nak mmpersoalkan jaminan yang telah diberi. BERANI dan IKHLAS adalah kunci kejayaan dlm perniagaan!

Aku selalu ingtkan client2 photography butik online aku, bahawa gmbr betul2 mmberi kesan yang mendalam dalam meningkatkan mutu jualan. yes! aku mengaku, org kita penakut! penakut nak keluarkan modal yang sedikit utk dilaburkan utk photography sedangkan mereka sndri tak tahu, gelombang hasil jualan berdasarkan gmbr yang menarik mmpu meningkatkan jualan mereka. Sbb apa aku ckp mcm nih..sbb aku sndri xperience benda yg sama. Bayangkan, tudung yg anda jual, anda hanya snap mggunakan hp di lantai, dan satu lagi dgn proper photography dgn lighting studio yang menarik! sudah pastinya yg proper lebih menarik perhatian bukan? bukan laa niat utk mmbangga, tp aku sndri suka bila org melayu kita bangkit sama2 utk meningkat margin keuntungan. kita tidak tahu apa yang akn jd pada diri kita.
Tak ada masa utk ke studio? boooo! tu alasan je tu? tidak ckup bajet utk photoshoot di studio?? bluwekkk! aku bukanlah jenis org yang tak boleh dibawa berbincang dgn harga photoshoot! tp berpada2 laa kalau nak mntak kurang tuh kan..hehe.

ok kadang2 aku tak tau lagi nak mmbantu rakan2 yg sama2 menceburi bidang perniagaan online nih. puas dan berbuih ajak photoshoot di studio! degil! hahaha. takpe, kalau taknak ubah, boleh teruskan dgn apa yang korang sudah lakukan skrg. Kalau rasa nak baiki margin keuntungan ke tahap yg maksima! , nah aku bg email aku, kita negotiate kat sana. kalau tak tanya, mana nak tau kan?

email : aizul_marcello@hotmail.com

lemparkan seberapa bnyk soalan skalipun, insyaallah aku reply. kalau ak x reply pon admin ak akan reply! don wory!


antara hasil yang pernah aku buat utk butik online ktorg, Her By Lyndaroslan.

ok rasanya smp sini je laa kot...
if ada masalah or sebarang pertanyaa, boleh direct contact kat email aku ok!
email : aizul_marcello@hotmail.com

challooo betey! 



Jan 28, 2013

Promo Hijab Photoshoot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ok sebelum apa2 mari sama2 kira panjatkan kesyukuran sbb atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt terutamanya nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.

ok baiklah...

Jujurnya, saya terima banyak email dan whatsapp dari rakan2 blogger yang mula berkecimpung dalam arena perniagaan on9. Yeps, jgn tak sgka, dari sekecik2 barang, sehingga sebesar2 barang semuanya dah on9 skrg. ada yang jual tudung, ada yang jual baju, ada yang jual seluar, jual al quran pelangi dan mcm2 lagi laa..Dan itu menunjukkan rangkaian bisnes jalur lebar semakin berkembang masa kini. Alhamdililah..Damn! apakah aku rasa seperti karangan SPM ini! jgn risau blom ckup 350 pth perkataan lagi! lol!

hahaha..ok serius..

Skang nih lambakan jualan on9 semakin menjadi..dan aku ngan tunang aku pon turut mengambil peluang yang sama jugak...for those yang masih belum tahu lagi bisnes apakah yang kami lakukan, sila CLICK HERE. ok...soo..aku dengan rasa rendah dirinya, ingin membuat promo kepada pembaca2 di luar sana..

tahukah anda, gambar yang menarik memainkan peranan yang sgt penting dalam melariskan jualan kita ? tak tau kan? haa sooo aku bgtau..sebenarnya, gmbr yang menarik, mampu menjamu mata viewers untuk menekan button 'add to cart' seterusnya membeli ..seriously, kalau gmbr x menarik ko rasa org nak beli produk yang ko tawarkan? mungkin laa ye, dan mungkin laa tidak jugak kan..sebenarnya xperiment 'gmbr yg menarik membantu meningkatkan jualan' nih dah lama aku lakukan, sehinggalah aku dan tunang aku sndri buat..dan hasilnya..alhamdulilah..mmg betul2 menarik..

ok dengan itu, aku tampilkan few pics hasil shoot aku tempoh hari..all items sold out within few hours..alhamdulilah...=)






ok dats few pics yang aku cuba buatkan utk meningkatkan jualan kami..setiap collection, dgn cara tersendiri dan tempat yang berbeza..

jadi jika anda berhajat untuk memulakan perniagaan anda yang sudah ada produk, dan ingin melakukan photoshoot, jgn segan jgn malu..saya akan bantu hal photoshoot dgn harga yang reasonable. Kalau anda tak mula langkah mengemail saya skrg, bila lagi? anda akan jauhhh ke belakang walaupun lambat sejam..bukan nak takutkan, tp itu realiti. Ok?? jadi sesiapa yang berminat boleh laa email details anda dan perniagaan apa yang anda ingin lakukan..insyaallah saya akan reply soonest as possible! chaw sin chi!

*niat saya hanya untuk membantu usahawan2 kecil2an bertapak di perniagaan on9 mahupun butik. kalau anda serius, anda boleh email.takda masalah ok? saya akan beri FREE CONSULTATION mengenai peluang bisnes on9 kepada anda. Insyaallah..=)

email : aizul_marcello@hotmail.com 

Jan 15, 2013

K.O.N.F.R..O.N.T..A.S.I

phew...after a while..

masa mematangkan diri..

itu dan ini..hal duniawi yang tidak pernas putus! tidak kenal erti lelah! 

tengkorak hati mencengkam jiwa raga dan sanubuari ..

KONFRONTASI?
bunuh aku dalam sedar..
bangkai bernyawa ini akan menghantui tanpa rasa sedar..


mesti pelik bukan? di saat dan ketika ini, pelbagai suara kecil yang berkata suruh itu dan ini..suara hati yang kadang kala menyiksakan. membunuh dan terbunuh..


..semoga dunia ini menjadi persinggahan sementara yang mampu membuat kita senyum dan tertawa...




Dec 28, 2012

Photoshoot Hijab with Qish Qish Boutique

Assalamualaikum wbt korang!

haaa lama kita tak jumpa kan..ececeh..celah mana plak nak jumpa2 nih kan? padahal alam maya je pun..ngee3x..been bz laa korang..dgn shoot wedding lagi, shoot tudung lagi..heheh..

alhamdulilah, Allah berikan masa dan rezeki untuk saya mengeshoot hijab plak kali nih..sgt2 enjoy! sgt2 best! 

Kali nih shoot hijab untuk koleksi daripada Qish Qish plak..if korang nak tawu, Qish-Qish boutique nih terletak bersebelahan dengan butik radiusite di seksyen 7 shah alam.

ownernya, Abg fazli n Kak cica sgt2 humble and sgt2 membantu ketika proses photoshoot berlangsung! hehe..tq bang...tq kak..

ok btw, saksikan dulu dua keping gambar hasil dr photoshoot tuh..









Jadi kepada butik2 yang ingin memasarkan produk muslimah atau anything daripada syarikat anda, jgn malu, jgn segan, sila call saya ye..Insyaallah saya akan beri FREE CONSULTATION sekali gus.

butik2 online yang baru nak bertapak pon, saya sgt2 alu2kan..kita kongsi bagaimana cara untuk memantapkan hasil jualan kita..perlu diingatkan, peranan GAMBAR ini sgt2 membantu dalam proses untuk melariskan produk kita ye selain daripada mutu perkhidmatan yang sgt2 berkesan.

Sekali lagi, jgn malu jgn segan, kalau anda tak mulakan langkah pertama untuk call / minta pendapat saya untuk melariskan jualan anda serkarang, siapa nak tau kan? kita dah berusaha sebanyak mungkin, yang lain kita serahkan pada Pencipta kita untuk soal rezki.

Insyaallah..


call me maybe? hauahuah!
019.6476.200


A I Z U L  M A R C E L L O
tulis blog pakai hati, amik gambar pon pakai hati...