Sep 10, 2008

Aku dah Wilayah Pembangunan Iskandar~



Hye bertemu kita kembali dlm ruangan maya ini..hahah dah mcm rancangan mcm2 aznil dah nih. Ekceli nak story sket pasal assignment terbaru aku yg menghantui hidup aku nih. eh tak laa baru sgt sebenornya, lecturer aku iaitu Prof Rahim yg disayangi dah bg lama, cuma aku je yang tangguh2 keroje nye nih..bnyk komitmen laa katakan..nak tdo lagi..nak chatting lagi..hahaha..alhamdulilah setelah bertungkus lumus tak tdo malam, siap gak akhirnya.

hmm, rasanya mcm tak melampau kot kalau aku nak story pasal tajuk assignment aku nih. Tajuknya Wilayah Pembangunan Iskandar ataupun nama barunya Iskandar Malaysia. Memula aku dpt tajuk nih, rasa mcm nak brenti uni je..yer laa, membosankan ya amat. tapi bila dah kaji pasal Iskandar Malaysia nih, aku mcm suka gle..Bnyk bender yang aku belajar melalui Iskandar Malaysia nih.

Sedikit info mengenai Iskandar Malaysia.

- terletak di selatan tanah air iaitu dlm negeri Johor
- nama asalnya ialah Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor kemudian ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar dan last skali namanya Iskandar Malaysia.
- mengambil nama sempena Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
- perlukan 47 billion untuk dijanakan dlm tempoh masa sehingga 2025 (tyme tuh aku still muda lagi..baru 35thn) haha
- berkeluasan 2217km persegi menyamai 3kali ganda Singapura dan 48kali ganda Putrajaya.
- terbahagi kepada 5zon utama yang menarik.
-ada bandar perubatan, bandar universiti, bandar keriangan, bandar pelancongan dan mcm2 lagi la.

Apa2 hal pon, aku dah siapkan assignment yg asalnya membebankan aku nih dan telah bertukar menjadi assignment yang sgt menarik bagi aku.

Saya sayang Prof Rahim..lalalala

4 comments:

mynn said...

ne pekes sumer syg menyayang en rahim ni. konfius2 melanda diri aku...

akusiktauk said...

nape x try kat negeri seberang laut ek?

a.n.y.s.s said...

huaha..bkn men lg!
b'jiwe prancang ko skang ek!
adoy yay..

aizul said...

mynn : kita kene syg lecturer baru berkat..muaaahh prof rahimm..hahaha

akusiktauk : ok ok nanti aku wat kat seberang nye lak!!

anyss : well born to be a planner..biasa laa tuh!!