Aug 17, 2011

Jalur Gemilang !




Salam guys! apa khabar anda di luar sana??? yeahhh toksah nak lurus sgt..aku tau masing2 dalam bilik, dlm office mahupun dalam kelas kan kan kan? ok...aku doakan korang sehat2 hendaknya bersama yang tersayang!







M.E.R.D.E.K.A ??? Apa je korang faham dengan maksud perkataan keramat nih?? ok..entry kali ini, aku nak mengwar2kan pasal kempen jalur gemilang! yeah! aku pasti ramai yang amik enteng ataupun mudah dengan isu ini kan? erm..nampak mudah..nampak senang...tp kita tgk, brapa ramai dari kita yang semangat patriotiknya menebal untuk mengibarkan jalur gemilang tanda kita sayangkan negara kita??? hmmm...bagi anda yang sudah mengibarkan, tahniah aku ucapkan...tp takda laa smp aku nak bg medal plak kan? tahniah laa sbb anda antara manusia2 yang cintakan tanah air...




Kadang kadang kan, sedeh kan kita tgk ada antara rakyat kita yang sanggup biadap dgn negara sendiri..sanggup buat onar di negara sendiri..tak payah jauh, kita tgk baru2 nih pasal perhimpunan BERSIH...To be frank, as a malaysian citizen,  aku sgt malu tgk ada antara kita yang sggup biadap dgn negara kita sendiri...





ok let me share something dgn kamu2 yang masih belum sedar, ataupun masih bermimpi selepas sahur tuh..ok pengalaman aku bercuti di negara2 orang laa kan...yeah, aku mengaku takda laa banyak mana negara yg aku pernah lawati, tp aku rasa pengalaman2 tuh dah cukup untuk sedar yang betapa beruntungnya aku lahir dan hidup di Bumi Malaysia...dan aku sgt pasti, jika ditanya dengan student2 luar negara sana, mesti diorg rindukan tanah air bumi malaysia...sebab apa??? sebab Malaysia laa tempah tanah tumpah darah kita..ok..korang mesti penah dgr peribahasa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri?" kalau tak pernah dgr, nnti musim tengkujuh sok, ko main la hujan puas2 smp demam panas...nnyiahaha!



ok aku mengaku, dulu aku tak paham sgt apa maksud tersirat di sebalik peribahasa nih...masa aku kat Sydney marin...(marin di di sini bermaksud lampau ye..bukan kapal marin ke hape..) ok...ktorg kat sana hampir sebulan kot..so ko bygkan, macam mana susahnya nak dptkan makanan2 melayu..aku antara penggemar2 masakan western gak, bukan nak bajet western, tp mmg ye..kah2x..ok then, memula aku rasa, aku boleh laa hidup dgn makan burger, spaghetti segala, tp masuk je mggu ke dua dan ketiga, tekak aku mcm rindukan masakan lemak cili padi la, kari daging la, gulai ikan patin tempoyak la...haa pelik kan? tapi tuh laa hakikatnya..smp aku beriya ajak mak ngan ayah aku carik rempah ratus untuk masak masakan nih sume..then da jmp rempah ratus, ko hengat senang ke nak carik ikan patin? senang nak crk tempoyak?? ko jawab!  so ko ingt bleh senang2 sukati kaw nak ganti ikan patin tuh dgn ikan salmon? salmon gulai tempoyak?? adoyy...ntah hapa rupa laa agaknya kan...so sehari sebelum sampai Malaysia, aku dah pesan awal2 dgn akak aku, CPM Honey Nurhaliza supaya masak lauk2 kegemaran kitorg..bnyk gle aku rasa dia masak time tuh! sumpah bnyk gle..and surprisingly ktorg anak branak, makan tak hengat..mcm org somalia kebulor time tuh! seyes dow! punya laa rindu masakan2 melayu time tuh..then masa kat Sydney, bila pakai baju melayu time nak semayang jumaat tuh, rasa mcm proud gle..tak tau laa napa..n bila mat2 salleh nih tanya, aku dr mana..aku jawab MALAYSIA..terus diorg mcm kagum..ckp malaysia nih lawa la, baek hati laa...aku nih lawa la..ok tuh prasan..! hahaha...




Pengalaman kat Indonesia plak...fuh mmg kesian...bukan nak ckp apa..tp ada antara rakyat Indonesia yang menggemis di negara sendiri...kita kalau kat sini tahap miskin tegar kita kira masih berduet lagi..tp diorg, miskin tegar yg tahap merempat bawah jambatan takda rumah..kesian tak kesian? Jadi bila aku tgk kat tv tuh ha pasal ada rakyat kita yang seakan2 biadap dgn negara dan perlembagaan Malaysia, aku rasa mcm nak je humban diorg nih kat Somalia ke, Afrika ke..aku nak tgk, ko pegi sana, ko bleh idup bahagia ke tidak mcm kat Malaysia!




Jadi! Sebagai genarasi berilmu dan berwawasan..generasi yg blaja tinggi2...generasi yg abes SPM..generasi yg sempat melangkah ke alam universiti, generasi yang bakal nak konvo kat UTM Skudai 25 SEPT 2011 nih (ehem!)..kita laa yg perlu mencorakkan negara kita dengan sebijak-bijaknya...Tak perlu merusuh sana sini semata2 nak keluarkan memorendum baru ke hape, ada saluran yang betul, gunakanlah sebaiknya ye rakan2!..Kita nak ke tgk negara kita sndiri dijajah sekali lagi??? nak ke tgk negara kita ditadbir oleh bangsa asing???  nak ke tgk bangsa melayu kita terus tenggelam di negara sendiri?? sudah tentu tidak bukan? haa ko tgk aku da mcm YB berucap da ha...tetibe blogger jd wakil rakyat? kaw able ke?? ko jgn gelak! aku jadi sok, siap kaw! hahah



Sementelahan dengan itu, hahahaha aku 1st time guna word sementelahan nih..ok ok..seyes..sementelahan dengan itu, saya sebagai rakyat Malaysia juga generasi pasca kemerdekaan, ingin menyeru rakan2 blogger, anda2 yang membaca blog saya ini, untuk kibarkan jalur gemilang samada di rumah, tempat kerja ataupun di kenderaan anda..lambang kesetiaan, kesatuan dan semangat patriotisme kita kepada negara kesayangan kita, MALAYSIA! Tanamkan sifat sayangkan negara kita dalam setiap hati dan sanubari anda ye! toksah merusuh2 tak memasal, ada yg aku sekel lelaju kang!


“Kerajaan komited dalam melaksanakan dasar-dasar nasional bagi memastikan misi Negara tercapai secara holistik. Jesteru kerajaan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memberi tafsiran yang tepat dan komprehensif kepada rakyat bahawa kemajuan Malaysia bukan hanya tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata. Bangsa yang maju dan berdaya saing akan meletakkan jatidiri sebagai asas penting bagi mencapai kejayaan dan kegemilangan sebenar. Sesungguhnya detik 16 September 1963 merupakan sejarah gemilang di mana Bendera Malaysia dikibarkan, dan semangat patriotisma rakyat semakin membara” Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Jadilah bangsa yang bijaksana,
Memegang tali memegang timba,
Memiliki ekonomi memegang budaya,
Menjadi tuan di negara merdeka.
Petikan Sajak : Allahyarham Dato’ Dr Usman Awang

Jadi! anda tunggu apa lagi..g pekan, g beli bendera tak smp rm10 tuh, g kibarkan kat kereta dan rumah anda! sama2 kita kibarkan jalur gemilang kita ye! toksah nak segan2, bukan takda idung pon~ hahaha

aku nak wish awal2...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-54 tahun!


Tema hari kemerdekaan yang ke-54 pada Tahun 2011 ini ialah :

"1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"






Behind the scene...






Gambargrapher : Aizul Marcello
Talent : Irfan & Mya da sweet siblings
Location : Padang SMK Hang Kasturi



till then, 

chaw!!

A I Z U L  M A R C E L L O
tulis blog pakai hati, amik gambar pon pakai hati..=)



21 comments:

Iskandar Al-Haziq said...

This is awesome. Malaysia, we love you. And suk a part behind the scenes, they are just so comel!

Nay said...

Yeah .. SANGAT COMEL ! dan sangat mendalam maksud tu . FIRST time macam Aizul Marcelo bersemangat untuk entri . Kurang merapu sikit .. Tahniah .

Apel D. Doragon said...

ipannnn bendera tanggallll

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

pic ni cm nk magrib je laaa...tp mmg SUPERB laa!!!

syasyah_biscuits said...

yb in the making kah?? selamat berpuasa selamat hari raya dan selamat merdeka.. :))

$H said...

da kibar da..masok bulan ogos dah paksa bapak gantung bendera

ifan ngan mia comelll

zaty luvlianncezzz said...

setuju ngn aizul. ape nk jadik la bila ada orang yg sggup nk buat negara sendiri nie mcm tue. ish3. xpyh nk BERSIH sgt la kn. kalo ada smgt cntakan negara xjadinya mcm tue.
nice entry aizul! :)

epalhijau said...

1st time komen..selama ni silent reader je..sebab rase entry ni plg BEST skali..hehehe(tak tipu)..

LaLa said...

selamat hari MERDEKA!!!!

pic yg last tu, bendera irfan tertanggal...nampak no semangat sampai x sedar bendera tertanggal :D

Beyz ShEE said...

model2 awak sgt comel..hehehhe...pics taken also very cool n stylo sesangat...good job....keep it up..chaiyok3....^_^

iszura said...

alalalala comelnye ipan n mia..mia da tombam pipi eh! meh cni KAKAK FAIZURA cubit meh! hehehehe..salam merdeka n slmt pose encik gambargrapher..'rindu nk encik gambargrapher shoot kitorang lagik..'

Hishyamuddin said...

wooo..ayat terbaik...!! sebijik cm ucapan wakil rkyat..ahaha.. nk g bazar la, cri bendera...mintak2 ade...

Taq Rafael said...

saya undi AIZUL MARCELLO sbg calon wakil rakyat DUN masjid tanah

majulah gambargrapher untuk negara!!

p/s : x sia² jadi bloggerawan negara kan?

Amirul Jasmi said...

Good entry utk Hari Merdeka yg dah tak lama lagi ni!
Yang penting semangat patriotik.

Aku By Pojie said...

Mantap!!!

Entry yang mantap!!

Nasib baik kat depan umah aku dah berkibar jalur gemilang ;p

AfiekJibril said...

kena cari bendera terus ni...

aqim said...

wah!!
semangat dokh ko..tabik beb..
hopefully,rkyt malysia akn mlakukn satu anjakan paradigma slpas 54 thn kite mnrdeka!

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

bendera tercabut! muahaha. comel2

fatin amira kasran said...

woahh ! kanak kanak riang . comel . oke . suke post yg nyh . mknenyer sgt mendalam . awesome !

~queraiza cullen~ said...

wah...comelnye irfan ngn mia..pandai dorg pose..gmba style seyh..nmpk patriotik dlm kalangan kanak2..=)

Nadia Yusoff said...

Loveeeee ur words.. (: