Feb 16, 2012

Kehidupan selepas bergelar seorang mahasiswa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2...huhuhu...

ok baeklah hari nih aku sengaja amik masa untuk tulis blog..al maklumlah dek sibuk dgn kerjaya sekarang, blog aku semakin terabai..ibarat bulu ari2 yang sudah lama tidak ditebas.merimbun dgn hebatnya.wuuuuu sedeeehh! ahhahaha

hahaha ok ok serius!

ok baeklah, terasa nak cam nak story d mory mengenai kisah kehidupan aku selepas bergelar seorang mahasiswa di UTM...rasanya sapa yang dah khatam mengenai kisah hidup aku sebagai seorang photrographer mesti da tawu camne aku struggle gila untuk menempatkan diri aku sebagai salah seorang photographer di malaysia. bukan mudah dan bukan senang ye..erm, yer la, zaman di UTM lagi aku da start amik2 gambar..time tu mmg tak pk langsung nak buat income ke apa ke..yang aku tawu, orang puas hati dgn kerja aku, dan seolah2 ada kepuasan yang maksimum dalam hidup aku bila amik gambar...bila stress, capai kamera and terus shoot..bila moody capai kamera and terus shoot..bila sedeh meroyan, capai kamera and terus shoot..and even bila happy pon..and kalau korang nak tawu, napa tagline aku tulis blog pakai hati amik gambar pakai hati, haaa sebab itu laa sebenarnya! pendek kata, kamera da jadi sebahagian dari hidup aku!

Gambar aku time Pre-Graduation
24 September 2011


Salah satu gambar yang mempunyai cerita di sebaliknya..
=(
waa sedeh ini gambar!


disebabkan minat yang mendalam, aku terus dan terus menempatkan diri aku sebagai seorang photographer..diperlekehkan gambar, dihina dgn pakej2 wedding yang bagi orang2 yang tak tawu menau menghargai diri kita sebagai seorang photographer, seolah2 dah jadi asam garam dalam kehidupan aku yang dahulu..huhu..sabar dan terus sabar..itu kuncinya! dan jangan cpt berpuas hati dgn apa yang kita ada..huhu..dan kalau dulu masa di UTM, start hari Jumaat je, aku da siap packing barang untuk shooting..kadang2 tuh di Ipoh, Penang, Kuala Lumpur Negeri Sembilan dan lain2 untuk bergambar..so masa hujung minggu aku kebanyakkannya habis di perjalanan highway dan bersama client2 wedding yang sentiasa sporting! so jumaat sabtu dan ahad mmg bershooting je laa kejenya..balik je UTM hari ahad, dushhhh kene prepare untuk hari Isnin punya waktu belajar..so korang bayangkan gila tak gila tak schedule aku time universiti dulu..

ok ini jadual time kat universiti aku dulu..

Mon-Friday - Uni time
Fri - Sunday - Shooting

Time :
8am - 5pm - Class
6pm - 7pm - Jogging
8pm-12.00 am - Assignments
1.00am - 3am - Editing

See! nampak x? gila babi tak jadual aku time kat Uni dulu..idok la sampai jadi babi kan, tp jadual pack gle! dats y aku menggila jap time kat Uni dulu..hahaha

ok part yang paling mencabar skali, bila time Thesis kat uni dulu..punya laa hebat...sapa yang buat thesis mesti tau camne gilanya nak siapkan thesis tu..dan yang paling syok, time tu laa dgn lebatnya job2 wedding masuk..bayangkan, aku sorang dan aku kene managekan everythng pasal kehidupan dan kerjaya aku! crazy rite! belve me! kalau kita betul2 nak, insyaallah mesti boleh punya!

Dan yang paling best, kalau peak season ( cuti skolah ), mmg lebat gle..the highest aku penah dpt RM17ribu per month..itu dah siap tolak segala mcm kos and apa semua lah..pendek kata itu bersihnya punya income! bayangkan, di usia aku yang boleh kata muda da boleh dpt income sampai belas2 ribu! tapi dgn syarat la, korang kene korbankan bnyk masa korang sebagai seorang remaja..to be frank, sometimes aku jeles gak dgn kawan2 seusia dgn aku..yer la, ada masa nak dating2, ada masa nak tgk wayang, ada masa nak lepak situ sini, tp aku..hmmm..sedeeehh! tapi xpe, bila tgk acc bank je..ching!!! hahahaha! dan time nih la start aku beli camera idaman aku iaitu, Canon EOS 5d Mark II, which is errr mahal gila kot! tapi xpe, investment orang ckp! hahah!
*jgn risau, aku akan kongsikan mcm mana nak buat income sebanyak or lebih dari ini! 

anak kesayangan 5d mark II..wwwooouu!


ok, time aku bz-bz shoot sana sini, alhamdulilah aku dipertemukan dgn insan yang sgt baek hati. insan nih la yang nampak bakat aku dan cuba untk tolong aku untuk memperkembangkan lagi bakat aku sebagai seorang photographer...fuh! punya laa eksited bila ada tawaran untuk membuka bersama2 sebuah studio photography idaman! Abang Azad Dino Khalid insan yang aku maksudkan! seorang yang sgt disiplin dan sgt berwawasan...bnyk mengajar aku tentang erti kehidupan..and surprisingly beliau juga salah seorang client aku yang sgt berpuas hati dgn hasil kerja aku! and now dia jadi bisnes partner aku! yehoo!




Tepat seminggu sahaja selepas aku melansungkan majlis graduasi aku, ( ayat nak macam melansungkan majlis perkahwinan kannn...)  puppp, bermulalah kehidupan aku di Kota Metropolitan! Seminggu selepas graduasi, aku dah ada studio aku sendiri..di usia 24 tahun ketika itu, aku da ada perniagaan photography aku yang selama ini dok aku idam2kan..yehoooo! alhamdulilah....

ok biarkan gambar bercerita ye!

ok muka pertama masa nak survey building studio!

 tadaaa!! akhirnya, setelah dipersetujui dan menandatangani MOU, aku dan bisnes partner aku decide utk 
menapakkan studio pertama kami di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam.
*pandangan hadapan

 *pandangan belakang.


owh btw, aku malas nak delete apa yang aku dah tulis..

sebelum kami bercadang nak bukak studio di Laman Seri Business Park, which is aku rasa bukan calang2 tempat nih, kami buat studio di condo aku dulu! juz simple studio, tapi alhmdulilah, sambutan time tuh pon sgt2 menggalakkan! yehoo!

tadaaa...sebab kat rumah kan, so sukati laa nak dress cam mana pon! hahaha
*mula laa tuh nak save image as kan? haha



haa dua gambar nih pon time kat studio condo jugak..
see, tiada halangan utk berkarya..
*gitu laa ayat2 kita kan...hahaha


Now, bila dah ada studio, perancangan semakin rapi...sekarang aku memegang designation sebagai " Creative Development Manager/ Partner"..alhamdulilah company photography aku yang bernama 'eyeStudio Photography' telahpun 6 bulan beroperasi..banyak cabaran dan halangan selama kami memimpin tampuk kepimpinan eyestudio! well bekerja dgn staff yang jauh lebih berusia dari aku antara salah satu cabaran yang aku kene tempuhi di samping untuk memastikan sales kami sentiasa berada pada tahap yang memuaskan!

ok lets check it out antara aktiviti2 yang telah kami jalankan! yaww!

ok ni 1st time kami bukak booth mahal kat midvelly..
sewa booth je dah 5gibu!
mahal nak mampos kaw!
tp yeaaayy sales mengancam time tuh!
thanx to all my team! 
time nih best! sbb ramai bloggers yang dtg utk support aku! 
alhmdulilaaahhh!!!

ha ini pulak time soft launching studio aku!
kek camera tu sgt simbolik dgn studio kami dan hidup aku!
camera 5d mark II aku tu diabadikan dlm bentuk kek! yeaayy!
kelihatan ayah dan mama dan mama abg azad.
sama2 merasmikan studio baru kami di Laman Seri .
alhmdulilah...


Next! kami mengorak langkah lagi..alhmdulilah job semakin kencang..
almost everyday akan ada photoshoot di studio mahupun di luar studio.




Norish Karman in da house!
shes very d sporting!
and pandai pose..
alaaa nama pon artis kan..ehhehe



Tadaaa...Adira Ombak Rindu pula in da houseee!!! yeeehooo!
hahahaha ...adira mmg gereek!
dgn gila2nya..tak kering gusi ktorg gelak time photoshoot artis ombak rindu neh! haha

Tq to Jemang, wartawan dari 1 suara.



the latest, kami bukak booth sampai ke kuantan kawww!
mmg best! crowd pon best! 
and org kuantan sgt best!
dgn sopan santunnya, dgn budi pekertinya..eh pendek kata semua la! haha



4 suara! *tetibe!
shafik, aku, fiq ngan abg azad...




3 suara! nak jugak neh!
bersama2 dgn team2 eyestudio!
shafik, syamil ngan aku!







ok kita beralih pula kepada bab management..since kami dah officially ada company, so everythng mesti black and white..vision kami taknak menjalankan perniagaan kedai kopi..sume nak ckp mulut je..so everyhtng mesti ada surat dan bukti..

alhamdulilah semua sistem da semakin terancang..dgn file, nama customer, cheque and evrythng!



 ok ini salah satu almari file eyestudio..
ada banyak lagi file2 yang disusun bagi memudahkan sistem kami.!


 Disebabkan kami menjalankan perniagaan perkongsian, so setiap kali sign cheque ke, or any kind of form, 
mesti ada dua tandatangan iaitu tandangan aku dan tandatangan bisnes partner aku, abg azad!
See, nak keluar duet semua kene isi form dulu..supaya sistem lebih lancar..
*yang penting ada managers benefit!
yeaaah!




tgk kat cheque tu..ada dua sign..
takda salah satu sign, cheque tak lepas..
hahaha


so far selama hampir 6 bulan aku dan abg azad mengemudi eyeStudio Photography alhamdulilah segalanya berjalan dgn lancar..
even sometimes akan ada kesulitan, tapi kami berjaya menghadapinya...
yang penting kene kuat dan jgn cpt melatah..
ok itu sahaja...

kita berjumpa di lain lembaran ye..


* duduk bos2 zaman skang! hahaha


*owh btw, sebelum terlupa, aku berhasrat untuk menganjurkan hari bersama blogger di studio aku..so barangsiapa yang berminat untuk jadi salah seorang dari organizer event tuh, plz let me know..yer laa nak harapkan aku, mmg bz laa gamaknya! but plz, since aku bertapak dan memulakan kerjaya dari blog, plz plz plz come to see me and kita discuss! ok! tanpa sokongan dan galakan dari korang, siapa laa aku..sob3x! hahaha

* sapa2 yang berminat untuk bekerja dgn eyestudio, plz let me know..aku perlukan videographer yang mempunyai semangat yang kental dan sales person yang sgt2 komited dgn kerjaya! if korang rasa sedang mencari pekerjaan plz call me ya ( 019-6476200 )..call je ok, toksah laa sms2, takut tahun dpn baru aku reply..hahaha

*btw, if korang berminat untuk buat any kind of photoshoot pon boleh direct call aku ye!!! dgn tenaga kerja yang mencukupi, kami boleh memenuhi impian ilyana anda itu! hahaha



till then, 
chaw!!!


A I Z U L   M A R C E L L O
tulis blog pakai hati, amik gambar pon pakai hati

36 comments:

nabil_potter said...

All the best bro..

Ak sentiassa mendoakan kejayaan ko..

Best dapat berkawan dengan ko..

Huhuhu..

=)

Dilakochan said...

Bangga nya anak muda dh punya studio sendiri. Tumpang bangga lah! ;)

Moga terus sukses ya!

Rizwan Ewan said...

wahh!! bestnye nk ikut jejak langkah abg aizul jgak lorh klau mcm 2.. :3


good luck!! :D all the best to abg aizul.. ;)

birucolour said...

mula2 knal aizul dari blog..gmbar2 yg cantik..sekarg dah jd bgitu berjaya...sgt bangga k..

good luck n all the best aizul..=)

Ariff Shah said...

proud of you bro. buat something yang memang kita minat pasti jadi. all the best! now just maintain je. insya allah makin berkembang bisnes nanti.

aku dah sampai malaysia. so nanti bila ada masa free bolehlah lepak sama2.

Miss Sue said...

tahniah ! :D ..btw pasal nak buat hari bersama blogger tu, sue nak join ! tapi bukan nak urus sebab busy jugak ngan study :D ...

Mohd Khairi Khadzir said...

wow!! part yg sebulan dpt rm17 ribu tuh memg menjeleskn ... hehe aku ni minat dlm photography tp tahap konfident aku ni agak kurg so now still samar2 ... insyaallah klau ade peluang nnt, aku try huu

**hari bersama blogger? nak join hehe

nur amalina athman said...

semoga terus sukses..:)

Cytah Lovicry said...

fuuuyyoo.. dahsyat! bestnyaa.. good luck for your success!

Sheqynne Hotloverzs said...

rm17ribu ?? .. wow , memang menarik kerjaya as photographer ni ..

Syed Muhammad Nazir said...

terbaik bro.. terigin melawat skali ke studio bro..

Ms.Siti said...

wah bestnye.. teringin nk photoshoot ngn aizul..cewaahhh. congratz ya.

me3rma said...

ari bersama blogger..nice one..nak join~

nur hafizah aKa eija said...

wah untung r ada studio sendri..hehe

Azad Dino Khalid said...

U ARE D BEST BZNESS PARTNER EVER !!!!

Semoga kita sama sama sukses .....

Ingat pada impian kita tuk buka RANGKAIAN EYESTUDIO and sediakan platform for anyine who is interested ......

YdaNorhan said...

tahniah utk aizul & ur partner....
smuga success sntiasa...

Lynn Rahman said...

aizul, studio u ni yang dekat dgn ptpl tu ke?

::ct luna:: said...

bagus2.....tahniah.....n gudluck :)
teruskan usaha :)

Muhammad Mustaqim Razali said...

All the best bro semoga berjaya dalam bidang nie. :)

zyanfara said...

Alhamdulillah...
berbangga dengan pencapaian yg telah dicapai oleh aizul...
moge terus berjaya maju kehadapan dan capai ape yg di ingini..
amin..

wawaeida said...
This comment has been removed by the author.
wawaeida said...

tahniah...

maszull said...

assalamualaikum aizul...tahniah yer sbb dah berjaya membuka perniagaan sendiri gud luck yer...:)

saya rara said...

perh rindu sgt penulisan mu en.aizul

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

seday laaa cite kmu ni aizul...ape pon u deserve it!!!!

Hishyamuddin said...

aku bangga dengan ko aizul!!

good luck..

suka tengok file n cara management tu!! :-)

afiek jibriel said...

oo kat situ rupanya studio ko...
tahniah...semoga terus menerus sukses..hah

Pen MErah said...

minat2.. pape kontek akak.. haha.

misz sempoi said...

bro best bro..income banyak sangat sampai muka lu dah tembam. dah takde 'rahang' yg seksi tu dah...g joging! diet!

Sari Amilah said...

lagi comel kalau gambar2 aizul sendiri pun tutup aurat belaka. baru betul muslimin :)

moga terus sukses yaw

Miss Anis said...

semOga trus sukses n bisnes smkin maju...

Miss Anis said...

semOga trus sukses n bisnes smkin maju...

Ain Dzaya said...

aizul marcello...
brazoo!
keep sukses wokkeyyh!



Inilah jawapan sebenarnya ain tak hupdate belog selama 2 minggu.(entry bergambar).

LaLa mhdnor said...

weeee, Lala berminat nak jadi salah sorang organizer event tu, leh x? kawan Lala pun sama :D

iera athira said...

nice story lah dgn latar belakanag lagu nirwana nie..haha..
all the best with ur carier.. suka tgk photo2 dlm blog nie,..:)

FeeRan Troublemaker a.k.a Syafiran said...

assalamualaikum aizul... perghhh!! mcm crita dongeng jer aku baca.. alhamdulillah sbb Allah beri rezeki kat aizul melimpah ruah... kdg2 mcm tak percaya skarang nih aizul dah kerjaya sendiri.. dulu follow blog aizul nih sblom dr aizul mula2 dpt camera... tgk style aizul ambil gambar pun.. perrgghhh!! terbaekkkk!!.. harap2 lah kisah aizul dapat jadi inspirasi and jadi role mode kpd pemuda pemudi kat malaysia nih.. semoga Allah memberkati usaha aizul slama nih.. .. ikhlas dr hati..